Friday, November 14, 2008

Pintu Masuk depan

Jalan masuk ke kg. Morion. Mantap sudah la ni jalan kan. kalau dulu, jangan cakap la. Tapi tidak tahu la bila mahu kena 'aspal' ni. Kita tunggu ja la.

Masuk saja ke kg. Morion melalui jalan depan, rumah yang anda akan lihat terlebih dahulu adalah ni rumah-rumah la. Sendiri mahu tahu la ni rumah siapa ah. Selepas anda melepasi kawasan rumah-rumah ni, barulah anda akan nampak tu dewan Pematog.

Dewan Morion @ Dewan PEMATOG


Tempat segala-gala aktiviti dijalankan. Dari mesyuarat kampung sampailah kepada majlis perkahwinan. Bangunan ini sangat besar maknanya kepada penduduk kg. Morion. Jadi, tidak hairanlah kenapa setiap hari dewan ini digunakan. #beri komen anda tentang dewan ini#

Balai Raya (dahulu) Tabika (kini)


Dahulunya, bangunan ini merupakan Balai Raya Kampung. Jadi, apa-apa mesyuarat kg. akan dijalankan di sini. Saya tidak tahu siapa yang membina bangunan ini, tapi apa yang masih saya ingat adalah orang yang selalu membaik pulih bangunan ini (15 tahun yang lepas).Tidak payah lah saya bagi tahu siapa ah hehe. Untuk 15 tahun yang telah berlalu, saya masih ingat di sinilah tempat boy-boy kampung morion akan bermain ping pong. Bayangkan meja mesyuarat akan disatukan dan itulah meja ping pong kami..hehe..memang survival oh kan..bangunan ini lah juga tempat kami semua penduduk kg. menjalankan apa2 latihan sebelum pesta menuai dijalankan.SEMUANYA TINGGAL KENANGAN..dan kini, bangunan ini telah diubah fungsinya menjadi TABIKA tempat si anak-anak menimba ilmu awal. #Kepada sesiapa yang ada kenangan berkenaan dengan bangunan ini..sila kongsikan bersama#.