Friday, November 14, 2008

Balai Raya (dahulu) Tabika (kini)


Dahulunya, bangunan ini merupakan Balai Raya Kampung. Jadi, apa-apa mesyuarat kg. akan dijalankan di sini. Saya tidak tahu siapa yang membina bangunan ini, tapi apa yang masih saya ingat adalah orang yang selalu membaik pulih bangunan ini (15 tahun yang lepas).Tidak payah lah saya bagi tahu siapa ah hehe. Untuk 15 tahun yang telah berlalu, saya masih ingat di sinilah tempat boy-boy kampung morion akan bermain ping pong. Bayangkan meja mesyuarat akan disatukan dan itulah meja ping pong kami..hehe..memang survival oh kan..bangunan ini lah juga tempat kami semua penduduk kg. menjalankan apa2 latihan sebelum pesta menuai dijalankan.SEMUANYA TINGGAL KENANGAN..dan kini, bangunan ini telah diubah fungsinya menjadi TABIKA tempat si anak-anak menimba ilmu awal. #Kepada sesiapa yang ada kenangan berkenaan dengan bangunan ini..sila kongsikan bersama#.

No comments: