Friday, November 14, 2008

Pintu Masuk depan

Jalan masuk ke kg. Morion. Mantap sudah la ni jalan kan. kalau dulu, jangan cakap la. Tapi tidak tahu la bila mahu kena 'aspal' ni. Kita tunggu ja la.

Masuk saja ke kg. Morion melalui jalan depan, rumah yang anda akan lihat terlebih dahulu adalah ni rumah-rumah la. Sendiri mahu tahu la ni rumah siapa ah. Selepas anda melepasi kawasan rumah-rumah ni, barulah anda akan nampak tu dewan Pematog.

Dewan Morion @ Dewan PEMATOG


Tempat segala-gala aktiviti dijalankan. Dari mesyuarat kampung sampailah kepada majlis perkahwinan. Bangunan ini sangat besar maknanya kepada penduduk kg. Morion. Jadi, tidak hairanlah kenapa setiap hari dewan ini digunakan. #beri komen anda tentang dewan ini#

Balai Raya (dahulu) Tabika (kini)


Dahulunya, bangunan ini merupakan Balai Raya Kampung. Jadi, apa-apa mesyuarat kg. akan dijalankan di sini. Saya tidak tahu siapa yang membina bangunan ini, tapi apa yang masih saya ingat adalah orang yang selalu membaik pulih bangunan ini (15 tahun yang lepas).Tidak payah lah saya bagi tahu siapa ah hehe. Untuk 15 tahun yang telah berlalu, saya masih ingat di sinilah tempat boy-boy kampung morion akan bermain ping pong. Bayangkan meja mesyuarat akan disatukan dan itulah meja ping pong kami..hehe..memang survival oh kan..bangunan ini lah juga tempat kami semua penduduk kg. menjalankan apa2 latihan sebelum pesta menuai dijalankan.SEMUANYA TINGGAL KENANGAN..dan kini, bangunan ini telah diubah fungsinya menjadi TABIKA tempat si anak-anak menimba ilmu awal. #Kepada sesiapa yang ada kenangan berkenaan dengan bangunan ini..sila kongsikan bersama#.

Thursday, November 13, 2008

Muzik Sammprass Maut


Irama muzik tanpa suara yang telah diilhamkan oleh si Reaju (led gitar). Rock adalah kemestian untuk mem'banging'kan kepala mereka-mereka sambil kaki dihentak-hentak. Hanya sebuah irama yang menggambarkan Jiwa dan Raga boy-boy kg Morion yang menginginkan Sammprass Maut..haha..sebab itulah Muzik tanpa Suara ini Diberikan Tajuk "SAMMPRASS MAUT"....#jangan lupa kongsikan komen anda tentang muzik ini ataupun tentang sammprass maut#

Peta Kampung Morion

Apa yang dilihat di atas merupakan gambaran atau peta kampung morion (klik pada foto kalau mahu melihat dari hati..hehe). Di copy n paste dari Google Earth. peta ini boleh juga terus dilihat dengan menggunakan google earth dengan hanya mencari bearing kampung morion (6°30’34.91”N 116°51’49.54”E).
Sebagai seseorang yang selalu berada atau penduduk kg. morion, anda pasti tahu di mana kedudukan dewan pematog dan di mana kedudukan rumah anda sendiri. Jadi, lu pikir la sendiri macam mana mahu kenalpasti kedudukannya ah. OK..#jangan lupa tinggalkan komen anda#